Privasi Anda

Halaman ini menjelaskan dasar privasi kami yang merangkumi penggunaan dan perlidungan terhadap apa-apa maklumat yang dikemukakan oleh pelawat-pelawat.

Jika anda memilih untuk mendaftar dan berurusan dengan menggunakan portal kami atau menghantar e-mel yang memberikan data peribadi yang boleh dikenal pasti, data ini mungkin dikongsikan, jika perlu, dengan agensi-agensi Kerajaan lain untuk memberi anda perkhidmatan dengan cara yang paling cekap dan berkesan. Contohnya dalam soal menyelesaikan atau melayan aduan yang memerlukan aduan itu diajukan ke agensi-agensi lain Kerajaan.
 
Maklumat yang Terkumpul

Tiada maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti itu dikumpul semasa melayari portal MyWanita kecuali bagi maklumat yang anda berikan melalui e-mel dan pendaftaran dalam MyWanita, yang berada dalam zon laman web selamat di portal ini.

Maklum Balas

Kami mengalu-alukan semua maklumat dan pertanyaan.

Jika maklumat yang terperinci yang tidak dapat dibekalkan oleh laman web ini, maka maklum balas yang ikhlas daripada anda dan pertanyaan anda akan dihantar kepada pihak agensi Kerajaan yang berkaitan untuk membolehkan kami membekalkan maklumat yang anda perlukan itu.

Cookies

Terdapat laman web tertentu yang menjanakan cookies yang dikumpul oleh pelayan web untuk membolehkannya mengecam lawatan-lawatan anda pada masa hadapan.

Portal MyWanita menggunakan non-persistent cookies atau persession cookies sahaja yang mempunyai fungsi teknikal seperti menukar bahasa-bahasa dalam laman web. Cookies ini tidak merakamkan data secara kekal dan data itu tidak distorkan dalam storan komputer anda. Sebaik sahaja anda menutup komputer anda, cookies tersebut akan dihapuskan.

Apa Yang Terjadi Apabila Saya Hubungi Laman Lain?
Kandungan portal MyWanita menghubungkan laman-laman web organisasi Kerajaan dan organisasi bukan Kerajaan. Dasar privasi ini hanya terpakai untuk laman kami dan anda hendaklah sedar bahawa laman-laman lain yang dihubungkan oleh portal ini mungkin mempunyai dasar-dasar privasi yang berlainan dan kami mengesyorkan anda membaca dan memahami pernyataan privasi tiap-tiap laman.

Perubahan kepada Dasar Ini

Jika dasar privasi ini berubah dengan apa-apa cara, perubahan itu akan dikemaskinikan di halaman ini. Dengan kerap meninjau portal ini, ia boleh membantu anda mengikuti kemaskinian maklumat yang dikumpul, bagaimana maklumat itu digunakan, dan dalam apa keadaan, jika ada, maklumat itu dikongsikan dengan pihak lain.

Pertanyaan atau Aduan

Jika anda ada pertanyaan atau aduan tentang dasar privasi ini atau portal ini, anda boleh menghubungi kami melalui bahagian Maklum Balas kami.